Malam ini sejarah bakal tercipta apabila Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) bersatu dengan 1,000 artis dan penggiat seni tanah air dalam acara Doa Untukmu Rohingya.

Berlangsung di Laman Santai, Istana Budaya selama 10 jam tanpa henti, acara itu bakal menyaksikan selebriti seperti Datuk Hattan, Datuk Rosyam Nor, Che Ta dan Nora Danish mendeklimasikan puisi sebagai luahan emosi terhadap isu Rohingya.

Menurut Presiden WHAM, Tengku Khalidah Tengku Bidin, acara amal tersebut diadakan bertujuan untuk mengumpul dana daripada penajaan pelbagai pihak untuk disalurkan kepada tabung yang telah diwujudkan oleh syarikat media iaitu Tabung Rohingya Utusan dan Tabung Rohingya Media Prima.

“WHAM juga memberi peluang kepada sekumpulan pelukis tanah air untuk sama-sama terlibat dengan mengadakan pameran lukisan amal Doa Untukmu Rohingya dengan sebahagian jualan akan diserahkan untuk tabung amal tersebut.

“Selain mengumpul dana, acara ini juga bertujuan untuk menyuntik rasa prihatin terhadap nasib yang sedang menimpa saudara Islam, Rohingya di bumi Myanmar.

“Program bersifat kemasyarakatan ini adalah himpunan rasa yang bergulir dalam diri para seniman tanah air yang turut terkesan setelah melihat apa yang berlaku di Myanmar.

“Dalam kemelut yang belum berakhir itu, umat Islam Rohingya dibunuh dengan kejam, dirogol, dikelar dan dibiarkan kelaparan. Mereka turut berduka dan menangis ke atas nasib yang berlaku kepada saudara seagama.

“WHAM juga mahu menggerakkan kempen ini sekali gus menyokong ke arah resolusi kepada kemelut kemanusiaan yang dialami masyarakat Rohingya yang dinafikan kewujudannya di Myanmar,” katanya.

Dalam pada itu, Wham juga merancang untuk membukukan penyertaan karya-karya terpilih yang telah dihantar oleh anak-anak muda untuk acara ini.

Karya-karya tersebut juga bakal dideklamasikan oleh artis dan seniman tanah air malam nanti.
Doa Untukmu Rohingya telah mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan persatuan-persatuan industri hiburan.

Turut terlibat dalam acara tersebut ialah pelajar jurusan seni UITM, Aswara serta buskers di bawah seliaan Persatuan Karyawan Malaysia.

Lebih ramai lagi artis yang dijangka bersama-sama menjayakan acara tersebut. Ia juga turut melibatkan pemuisi, buskers, pelajar institusi pengajian tinggi, ahli politik tanpa mengira fahaman, VVIP serta tokoh korporat.

Antara yang sudah mengesahkan penglibatan termasuk Prof Dr. Lim Swee Ting, Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan, penyair Abdullah Awang, Zainal Rashid Ahmad, Prof. Datuk Rahman Saari, penulis Siti Jasmina Ibrahim, pemuisi Lefternan Dr. Radzi Ahmad, Syukri Abdullah, Presiden Pena Dr. Saleeh Rahamat dan ramai lagi.

Berikut merupakan aturcara majlis untuk malam ini:

8:00 PM: Kata-kata aluan pengacara majlis (Saiful Nizam Ismail & Zizi Zulkifli)

8:10 PM: Persembahan artis pembukaan
1. Raihan
2. Aizat Amdan

8:20 PM: Bacaan Puisi 1
Tayangan video artis baca puisi

8:30 PM: Menghormati masuknya waktu Isyak

8:35 PM: Bacaan Puisi 2
1. Datuk Hattan
2. Khir Rahman
3. Ellie Suriati
4. Ernie Zakri
5. Zainal Rashid Ahmad

8:50 PM: Persembahan Artis
1. Rabbani
2. Diana Danielle

9:00 PM: Bacaan Puisi 3
1. Chef Adu
2. Tajul Arif
3. Wilma Muhamad
4. Sahara Yaacob
5. Prof. Datuk Rahman Shaari

9:15 PM: Persembahan Artis
1. Datuk Jamal Abdillah
2. Indah Ruhaila

9:25 PM: Bacaan Puisi 4
1. VIP – Menteri
2. Prof. Dr. Lim Swee Tim
3. Datuk Rosyam Nor
4. Rozita Che Wan
5. Nora Danish

9:40 PM: Persembahan Artis
1. To’ki
2. Asfan

9:50 PM: Bacaan Puisi 5
1. Datuk Zurina Hassan
2. Datuk Freddie Fernandez
3. Amy Search
4. Uqasha Senrose
5. Tasha Shilla

10:05 PM: Persembahan artis
1. Kumpulan Sahabat
2. Zarul Umbrella

10:15 PM: Bacaan Puisi 6
1. Leftenan Dr. Radzi
2. Johan As’ari
3. Syamel
4. Nora Ariffin
5. Anis Al-Idrus

10:30 PM: Persembahan Artis
1. Azharina Azhar
2. Aiman Tino

10:40 PM: Bacaan Puisi 7
1. Zain Saidin
2. Syed Shamim
3. Nabil Ahmad
4. Mia Ahmad
5. Cikgu Syukri Abdullah

10:55 PM: Bacaan Puisi 8
1. Tengku Khalidah
2. Izreen Azminda
3. Janna Nick

11:10 PM: Persembahan Artis
1. Zaiton Sameon - Ajak artis dan semua ke pentas menyanyikan lagu Menaruh Harapan