Untuk memberikan yang terbaik, Astro tidak henti-henti menyajikan program dan drama siri TV yang berkualiti dan bermutu buat anda semua yang setia bersama kami.

Kerana sokongan anda, rating yang di peroleh bagi setiap program dan drama kami berjaya mencecah jutaan penonton dan melepasi sasaran ditetapkan.

Malah, ia juga turut menjadi bualan serta viral di media sosial tidak kira di platform Facebook, Instagram serta Twitter.

Berikut adalah drama dan program TV yang mendapat rating terbaik sepanjang tahun 2016:
Drama TV

1. Suri Hati Mr Pilot – 5.1 Juta penonton’



Lakonan sulung gandingan pelakon muda Fattah Amin dan Neelofa telah menlonjakkan nama mereka sehingga mencetuskan fenomena yang luar biasa.

Tambahan lagi apabila Fattah dan Lofa dikatakan telah menjalin hubungan cinta.

2. Tersuka Tanpa Sengaja – 3.4 Juta Penonton


Drama ini memiliki jalan cerita yang sangat menarik kerana gandingan pelakon yang baru sahaja berumah tangga iaitu Amar Baharin dan Amyra Rosli amat disenangi oleh peminatnya.

Ditambah lagi dengan lakonan bersahaja Emma Maembong, memantapkan lagi sambautan terhadap drama ini.

3. Abang Bomba I Love You – 3.3 Juta Penonton



Gandingan pelakon baru dan lama iaitu Amira Othman dan Hisyam Hamid telah berjaya membuka mata penonton bahawa Amira mampu berlakon dengan baik.

Ini merupakan drama sulung Amira tetapi apabila melihat mutu lakonannya , dia tidak nampak kekok dan bersahaja memegang wataknya sebagai Lily.

4. Dia Semanis Honey – 3.0 Juta Penonton


Selepas menjuarai GegarVaganza 2, Siti Nordiana telah berani menyahut cabaran untuk memegang watak utama drama ini, iaitu Hani Safira.

Keserasian Nana bersama Alif Satar yang mendukung watak Ahnaf Wafiy telah membuatkan nama mereka semakin popular untuk peminat yang baharu.

5. Si Kolot Suamiku – 2.9 Juta Penonton

Sekali lagi pelakon Amar Baharin berjaya menarik perhatian penonton menerusi wataknya sebagai Kudin/Tengku seorang lelaki kampung yang memiliki isteri yang cantik.

Isteri cantik itu wataknya didukung oleh Siti Elizad merupakan gandingan pertama antara dia dan Amar.

Ternyata, ia membuahkan hasil dan ramai penonton tidak menyangka lakonan mereka berdua menjadi.

Program TV

1. GegarVaganza 3 – 5.0 Juta penonton


Satu-satunya program realiti nyanyian yang berjaya menghimpunkan penyanyi yang pernah popular sekitar tahun 80an-90an.

Malah, hos yang mengendalikan iaitu Jihan Muse dan Nabil Ahmad juga telah menaikkan lagi nama program ini ke tahap luar biasa kerana gandingan serasi mereka.

Apa-apa pun, GV3 sebuah program Astro yang berjaya mencetus fenomena luar biasa.

2. Maharaja Lawak Mega 2016 – 4.7 Juta Penonton

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2011, dan penganjuran MLM telah pun masuk musim kelima ia masih terus diminati dan digemari penonton.

3. AnugerahMeletop Era 2016 (AME2016) – 4.2 Juta Penonton


AME antara majlis anugerah yang meraikan penyanyi dan pelakon yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat hiburan tanah air.

Mengunakan format hasil undian sepenuhnya menerusi online, maka peminat secara terbuka dan bebas boleh mengundi artis kegemaran mereka.

Malah, persembahan nyanyian yang diselitkan dalam AME menjadi tarikan utama kepada penonton untuk tidak berganjak dari skrin tv mereka.

4. Akademi Fantasia 2016 (AF2016) – 3.6 Juta Penonton


Walaupun dihujani pelbagai kritikan, namun setiap kali AF disiarkan ia tetap menjadi pilihan penonton.

Malah bakat-bakat yang dicungkil menerusi platform AF telah berjaya mewarnai industri hiburan tanah air.

Tarikan hos baru yang mengendalikan AF iaitu Alif Satar telah memberikan sesuatu nafas baru
untuk AF2016.

5. Super Spontan All Stars– 2.4 Juta Penonton


Menghimpunkan selebiriti popular tanah air seperti Johan, Ozlynn, Altimet, Kamal Adli, Bocey, Tauke, Amyza Adnan, Julia Zigler dan dua lagi bintang online Jamal dan Zuki telah mencetus kelainan buat
Super Spontan kali ini.

Tarikan program ini ialah, para peserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan secara spontan setiap minggu sebelum bertanding secara individu untuk merebut gelaran juara.