Pelakon Saharul Ridzwan akui perlu melakukan senaman untuk mendapatkan stamina yang tinggi supaya boleh mendukung isterinya yang sarat hamil ke dewan bersalin nanti.

Saharul memberi kenyataan tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya semalam selepas memuat naik foto perut isterinya yang semakin membesar.

Sementara itu dalam kapsyen tersebut, Saharul turut kelihatan teruja menanti kelahiran cahaya mata pertamanya.

Berikut merupakan kapsyen yang ditulis:

Makin lama makin besar perut Maam. Sebab tu lah sy kena workout. Nanti manalah tahu nak cepat, dukung je terus masuk labour room. Baba tunggu baby, besar tanggungjawab baba nanti.

Makin lama makin besar perut Maam. Sebab tu lah sy kena workout. Nanti manalah tahu nak cepat, dukung je terus masuk labour room. Baba tunggu baby, besar tanggungjawab baba nanti. ❤

A photo posted by SAHARUL RIDZWAN (@saharulridzwan) on


Dalam pada itu entri tersebut turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan pengikut IG Saharul.

Selain ucapan tahniah, rata-ratanya juga tidak sabar dan teruja untuk menanti kelahiran permata sulung mereka.

Saharul dan isteri Deena Amir berkahwin pada 16 September lalu.

Teks oleh: Syafiqah Jalal