Keluarga kepada penyanyi legenda Tan Sri SM Salim kecewa dengan penyebaran berita palsu mengenai kematian penyanyi tersebut.

“Saya dan seluruh kerluarga reda terhadap apa-apa kemungkinan yang akan berlaku. Keadaan suami saya masih tenat dan tidak sedarkan diri.

“Dia berada dalam keadaan nazak dan tidak menunjukkan tindak balas yang baik. Walau bagaimanapun, suami saya masih bernafas dalam keadaan yang stabil,” kata isteri kepada SM Salim, Puan Sri Aisyah Abd Ghani.

Tambah Aisyah, semua ahli keluarga SM Salim sudah berkumpul semenjak semalam kecuali seorang lagi anak kedua mereka, Sheikh Shamsuddin yang bakal pulang ke Malaysia esok dari Chicago, Amerika Syarikat.

Penyanyi lagu Tak Seindah Wajah ini berada dalam keadaan nazak akibat sakit tua. SM Salim lumpuh sejak 17 tahun lalu kerana sakit saraf dan pergerakannya menjadi terbatas kerana terpaksa bergantung dengan kerusi roda.

Sumber: Kosmo Online