Kaka Azraff & Rody Kristal Dating di Genting Highland?

29 Disember 2016. 4.08 PM
11,508
Hiburan
Kaka Azraff & Rody Kristal Dating di Genting Highland?
Miss K mendapat panggilan dari seorang rakan lama bernama Amat. Kata Amat, sedang dia berjalan-jalan di Genting Highland malam tadi, dia ternampak kelibat dua orang yang dikenali, penyanyi Kaka Azraff dan gitaris kumpulan rock Kristal, Rody.

Menurut Amat, melihat kepada gaya mereka, kedua-duanya kelihatan mesra seperti pasangan kekasih. Amat yang memang kaki gosip ini pun menghubungi Miss K memberitahu mengenai apa yang dia lihat.

Perkara pertama yang Miss K buat, stalk Instagram Kaka dan Rody. Nampaknya apa yang disampaikan Amat betul. Kedua-duanya memuatnaik gambar masing-masing di Genting Highland.

Belum sempat Miss K menjalankan penyiasatan dengan lebih lanjut, Miss K telah terlebih dahulu membaca kenyataan Kaka yang menafikan dia bakal bertunang dengan Rody sebentar tadi.

Menurut laporan Media Hiburan, Kaka kini sedang rapat dan mengenali hati budi Rody. Siap ada berita yang mengatakan mereka berdua bakal bertunang lagi tau.

Kaka dan Rody sudah lama kenal antara satu sama lain. Kaka sendiri pun mengesahkan yang mereka sudah lama mengenali semenjak Kristal menjadi pemuzik pengiring bagi Ella tetapi mereka mula rapat sejak kebelakangan ini dan sedang mengenali hati budi.

Namun begitu, Kaka menafikan berita pertunangan tersebut. Dia mengakui yang mereka dalam fasa mengenali diri masing-masing dan meminta agar semua pihak mendoakan yang baik-baik.

Miss K faham, Kaka pun tak boleh ulas lanjut sebab tak manis pihak perempuan beri komen mengenai perkara ini.

Apapun, Miss K terkejut dengan berita ini. Ye lah, mana tak terkejut, mula-mula, Kaka kan dikatakan rapat dengan penyanyi Awi Rafael kerana mereka sama-sama menyertai program terbaru terbitan Astro, Duo Star. Ada gosip yang mendakwa mereka bercinta tetapi khabar itu dinafikan oleh mereka.

Rupa-rupanya, Kaka bukan rapat dengan Awi, tetapi dengan Rody. Rody pula memang terlibat dengan Duo Star sebagai pengarah muzik bagi program tersebut.

Khabarnya, mereka mula rapat semenjak sama-sama terlibat dengan Duo Star. Wah, dalam diam-diam je ye Kaka dan Rody.

Apa-apa pun, Miss K mendoakan yang baik-baik sahaja. Semoga ada jodoh antara Kaka dan Rody. Peminat pun tak sabar menantikan berita baik dari mereka!

Miss K: Kita layan dulu konsert Duo Star yang disiarkan setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di gossipmissk@gmail.com ya!
 
 

Put me in crowd of people and i'd still be searching for just you 🌈

A photo posted by K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) on

 

assalamualaikum.. selamat pagi.. jom solat dhuha.. 😍.. ni gambar semalam.. hihi

A photo posted by official rody kristal (@rodykristal) on

 

di saat genting ini.. aku di genting.. baru minta panas dah sejuk.. sungguh genting saat ni.. makan dulu lah!

A photo posted by official rody kristal (@rodykristal) on


Artikel Berkaitan