Jangan Cuai Macam Saya Nanti Susah - Nazim Othman

29 Disember 2016. 4.06 PM
11,749
Hiburan
Jangan Cuai Macam Saya Nanti Susah - Nazim Othman
Pelakon Nazim Othman mengakui kecuaian dirinya telah membawa padah sehingga dia kehilangan dompet.

Menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG)nya, Nazim dilihat telah berkongsi sebuah video tentang insiden tersebut.

Akibat daripada kecuaianya itu, Nazim berkata dia terpaksa membuat laporan polis dan perkara itu merupakan sesuatu yang rumit kerana terpaksa membuat semula dokumen penting seperti kad pengenalan, kad atm dan lain-lain.

Nazim juga telah berpesan kepada peminatnya supaya lebih berhati-hati menjaga barang-barang penting kerana tidak mahu perkara tersebut berulang ke atas mereka pula.

Dalam pada itu, peminatnya turut berharap agar Nazim selepas ini lebih berhati-hati dan tidak cuai sehingga barangnya tercicir.

Mereka juga berharap supaya Nazim bersabar dengan dugaan yang dihadapinya ini.
 
 

Pesanan Khidmat Masyarakat dari abam desa..~

A video posted by nazimothman (@nazimothman) on


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
 

Artikel Berkaitan


Komen