Cukup Tidur Petua Cantik Krisdayanti

29 Disember 2016. 2.16 PM
2,940
Hiburan
Cukup Tidur Petua Cantik Krisdayanti
Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti mendedahkan tidur yang cukup adalah petua yang diamalkan olehnya untuk sentiasa kelihatan cantik.

Menurut Krisdayanti atau lebih mesra dengan panggilan KD ini perlu memastikan dirinya sentiasa mendapatkan rehat dan tidur yang cukup.

“Petua cantik? Senang saja iaitu cukup tidur. Tak boleh
kurang itu paling penting tetapi mendangkan kerjaya saya sebagai seorang anak seni, kadang-kadang waktu tidur itu terlepas.

“Lebih-lebih lagi jika saya sibuk dengan konsert, waktu tidur memang tidak menentu jadi apa yang saya buat ialah saya akan pastikan saya sentiasa dapat rehat yang cukup.

“Selain tidur saya juga seorang yang suka bersenam dan aktviti seperti ini yang banyak membantu untuk mengekalkan bentuk tubuh saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu mengulas mengenai hajatnya pada tahun 2017, KD berharap agar dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

“2016 merupakan tahun yang indah buat saya dan tidak lama lagi tahun 2017 bakal menjelma.

“Kalau berbicara soal kesihatan, itu memang harapan untuk tahun seterusnya kerana kalau sihat saya bisa lakukan apa saja kerja yang saya mahu.

“Kerja jadi senang dan mahu menguruskan anak-anak juga tidak ada masalah, boleh lakukan kerja dua atau tiga kali dalam satu masa.

“Saya juga berharap agar peminat sentiasa meyokong kerjaya saya dan terima kasih sentiasa bersama saya sejak dari awal pembabitan dalam dunia seni,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, bakal mengadakan konsert di Istana Budaya pada 24 Februari 2016.

Konsert yang dibawakan oleh Neo Global Sdn Bhd dan Belbis Sdn Bhd ini akan diadakan selama tiga malam berturut-turut.

Krisdayanti turut mengundang beberapa bintang ternama Malaysia untuk memeriahkan persembahan eksklusif itu nanti.

Justeru kepada peminat yang tidak mahu ketinggalan untuk turut sama menjadi sebahagian daripada konsert berkenaan bolehlah mendapatkan tiket-tiket yang sudah mula dijual di www.myticket.asia.

Peminat Krisdayanti juga boleh mendapatkan tiket di laman Facebook rasmi penganjur di NeoBel Indulgence Series.

Tiket untuk ke konsert Romansa Krisdayanti ini berharga RM118, RM258, RM358, RM458 dan RM588.

Teks oleh: Mya Amri
 

Artikel Berkaitan


Komen