Deepika Padukone Bangga Filem XXX:The Return of Xender Cage Tayang Di India Dulu

29 Disember 2016. 2.05 PM
7,584
Hiburan
Deepika Padukone Bangga Filem XXX:The Return of Xender Cage Tayang Di India Dulu

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone bangga apabila filem lakonan sulungnya di Hollywood XXX:Return of Xender Cage, ditayangkan di India terlebih dahulu sebelum ke pawagam di seluruh dunia.

Deepika berkongsi kegembiraan itu menerusi Twitternya dengan menulis kapsyen; "ingin saya umumkan, XXX: The Return Of Xender Cage tayang di India dulu sebelum ke seluruh dunia pada 14 Januari."

Bagi Deepika, ia satu penghormatan yang cukup besar buat dirinya kerana boleh menonton filem tersebut bersama para peminat di negara kelahirannya.

Malah, berita baik itu disambut baik oleh semua pihak termasuklah rakan-rakan terdekat Deepika yang tidak sabar untuk menonton filem arahan DJ Caruso itu.

Antara bintang Hollywood yang turut berlakon dalam filem ini Vin Diesel, Donnie Donnie Yen, Ruby Rose, Nina Dobrev dan Rory McCann.

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir


Artikel Berkaitan


Komen