MonoloQue Berbesar Hati Diberi Peluang Terlibat Dengan Busker

29 Disember 2016. 9.19 AM
1,529
Hiburan
MonoloQue Berbesar Hati Diberi Peluang Terlibat Dengan Busker
Penyanyi dan pencipta lagu, MonoloQue berbesar hati dan bersyukur apabila diberi tanggungjawab untuk mencipta dan menjadi penata muzik untuk filem Busker.
 
Menurut MonoloQue ia merupakan satu cabaran baru yang perlu dia galas dan akan memastikan susunan muzik untuk filem ini ada perbezaan.
 
“Selain diberi kepercayaan untuk menjadi penata bunyi, saya juga dapatlah berlakon sikit sebagai cameo dalam filem Busker.
 
“Perkara yang paling utama dan ditekankan ialah kreativiti saya perlu digali untuk menjadikan lagu dalam filem ini unik dan sedap didengar.
 
“Buat masa sekarang penggambaran masih giat dijalankan, dan masih lagi banyak benda perlu diperbaiki untuk bahagian saya,” kata MonoloQue ditemui Astro Gempak di lokasi penggambaran di Johor Baharu, baru-baru ini.
 
Tambah MonoloQue lagi, dia juga berbangga dengan perkembangan muzik busker tempatan yang semakin diminati anak-anak muda.
 
Malah, ia adalah sebahagian daripada seni muzik yang boleh diketengahkan serta dikomersialkan.
 
“Bagi pendapat saya, pemuzik busker kita memang kreatif dan berbakat cuma ia boleh ditambah baik lagi.
 
“Elemen petikan gitar adalah format yang selalu diguna pakai oleh mereka dan mungkin boleh diubah dengan menambah instrumen muzik lain.
 
“Jadi, dalam filem Busker saya ada cuba bermain dengan alatan muzik yang baru, kalau nak tahu kenalah tunggu filem ini siap sehingga ditayangkan di pawagam,” katanya.
 

Artikel Berkaitan


Komen