Sejak akhir-akhir ini, pelakon Sherry Ibrahim Kelihatan semakin cantik dan berseri.

Perkara itu turut disedari oleh para peminat yang rata-ratanya memuji kecantikan aktres itu setiap kali dia berkongsi foto mengenai aktiviti harian di Instagram (IG)nya.

Selain wajah, peminat juga turut kagum dengan perwatakan Sherry yang lemah lembut setiap kali berbicara menerusi video pendek di IGnya.

Terbaru, Sherry juga berkongsi satu foto pada Ahad dan kapsyen yang ditulis itu mendapat perhatian.

“REZEKI akan melimpah jika DIBAHAGI..ILMU akan bertambah jika DIKONGSI..KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI.

“Jangan KEDEKUT. Jangan TAMAK. Jangan BIMBANG. Jika segalanya hanya kerana ALLAH. #seikhlascinta #sherryibrahim,” tulisnya.

Disebabkan kapsyen tersebut jugalah, ruangan komen di foto tersebut dipenuhi dengan kata-kata positif dan juga doa supaya Sherry sentiasa istikomah dalam apa jua kerja yang dilakukan.

Selain itu juga, mereka turut mendoakan supaya Sherry dipertemukan dengan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik selepas kegagalan hubungan cintan bersama pelakon Fattah Amin.

@nairis.concept: Looking sweet and beautiful caption u got there.

@nurkaiyisahsulaiman; kak sherry comel and always beauty. love you. semoga ditemukan jodoh yang baik buat kak sherry @sherryibrahim

@nurhidayah135: Kak sherry comel and always beauty.love you semoga ditemukan jodoh yang baik buat kak sherry

@drnianrakloz_hasinov: Kamu wanita bagus maka carilah genetik yg bagus juga utk masa depan.

@mimisaleh: Pernah tgk dia live tanpa makeup mmg cantik ayu orgnya.Suka dgn sifat lemah lembut dia.

REZEKI akan melimpah jika DIBAHAGI..ILMU akan bertambah jika DIKONGSI..KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI. Jangan KEDEKUT.. Jangan TAMAK .. Jangan BIMBANG.. Jika segalanya hanya kerana ALLAH ? #seikhlascinta #sherryibrahim #deejacosmetic

A photo posted by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on