Masih Terlantar Sakit, Julia Perez Batal Tunai Umrah

28 Disember 2016. 7.30 PM
20,638
Hiburan
Masih Terlantar Sakit, Julia Perez Batal Tunai Umrah
Penyanyi dan pelakon Julia Perez dikhabarkan terpaksa membatalkan ibadah umrah ke tanah suci Mekah kerana masih terlantar sakit di hospital di Jakarta.

Teman rapatnya, Zaskia Gotik berkata mengikut perancangan dia dan Perez pergi bersama-sama untuk menunaikan umrah dalam waktu terdekat.

Namun, kondisi Jupe yang memerlukan rawatan susulan daripada doktor, Zaskia akan ke Mekah tanpa ditemani sahabat baiknya itu.

“Kalau ikut perancangan, saya, Jupe dan Ayu Ting Ting akan ke Mekah untuk mengerjakan umrah tetapi nampaknya hanya saya dan Ayu sahaja yang boleh ke sana.

“Walaupun saya bersahabat baik dengan Jupe, dia jarang untuk berkongsi maklumat terkini mengenai perkembangan kesihatannya.

“Jupe orangnya sangat perahsia dan lebih suka mendiamkan diri daripada kongsi halnya dengan orang lain” kata Zaskia kepada portal Bintang.com baru-baru ini. 

Tambah Zazkia lagi, dia  tidak henti-henti berdoa agar Jupe segera sembuh seperti dahulu dan menjalani kehidupan harian seperti biasa.

“Sokongan moral daripada saya akan tetap diteruskan demi Jupe dan berharap dia kuat menghadapi segala dugaan sakitnya kansernya itu,” katanya.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir
Sumber: Bintang.com
 

Artikel Berkaitan


Komen