Tan Sri SM Salim Nazak

28 Disember 2016. 7.01 PM
6,116
Hiburan
Tan Sri SM Salim Nazak
Penyanyi legenda, Tan Sri SM Salim, 88, dilaporkan sedang nazak akibat sakit tua.

SM Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros kini berada di rumahnya dan berada dalam keadaan kritikal semenjak awal pagi tadi.

“Ayah sudah menunjukkan tanda-tanda sukar untuk bernafas pada 3.00 pagi dan kami telah memberikan alat bantuan pernafasan. Sekarang alat bantuan pernafasan telah dibuka dan ayah kini bernafas secara normal,” kata anak sulung SM Salim, Siti Noraishah Salim.

Tambah Siti Noraishah, semua ahli keluarga telah pun dimaklumkan mengenai berita ini.

“Ayah tidak sedarkan diri. Ahli keluarga kami semua sudah tahu dan dipanggil pulang. Doktor memang sudah tidak boleh membuat sebarang tindakan kerana ayah sudah terlalu uzur. Kami sekeluarga hanya berserah kepada Allah,” katanya lagi.

Penyanyi lagu Pandang Pandang Jeling Jeling ini lumpuh sejak 17 tahun lalu kerana sakit saraf dan pergerakannya menjadi terbatas kerana terpaksa bergantung dengan kerusi roda.

Sumber: BH Online

Artikel Berkaitan


Komen