Siti Nordiana Rancang Kembang Perniagaan, Bakal Lancar Gincu Bibir Jenama Sendiri

28 Disember 2016. 6.58 PM
5,729
Hiburan
Siti Nordiana Rancang Kembang Perniagaan, Bakal Lancar Gincu Bibir Jenama Sendiri
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana akui sedang merancang untuk mengembangkan perniagaannya.

Menurut penyanyi lagu Cinta Hanya Sandaran itu, walaupun masih fokus dengan bisnes tudungnya, dia juga sedang merancang untuk mengeluarkan gincu jenamanya sendiri.

“Alhamdulillah, koleksi tudung saya semakin diminati ramai.

"Saya semakin bersemangat dan yakin untuk terus mendalami bidang perniagaan.

"Saya juga sedang merancang untuk mengeluarkan kolensi gincu jenama sendiri mengikut pilihan warna saya.

Pelancaran koleksi gincu ini selewat-lewatnya suku kedua tahun depan, doakanlah semoga ia berjaya, Amin,” kata Siti Nordiana ketika dihubungi Astro Gempak baru-baru ini.

Menyentuh mengenai karier seni, dia kini sedang sibuk dengan latihan Teater Muzikal Dia Semanis Honey yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 3 hingga 9 Januari 2017.

Antara pelakon yang terlibat ialah Alif Satar, Dafi, Nina Juren, Marsha Milan, Ungku Hariz dan Nadya Syahera.

“Teater Muzikal Dia Semanis Honey ini pembuka rezeki saya untuk tahun 2017, banyak juga perancangan lain yang bakal saya lakukan.

“Antaranya ialah drama baru bersama Alif Satar dan lagu baru juga akan dirakamkan pada tahun 2017.

“Semua itu saya akan buat satu persatu mengikut jadual yang ditetapkan. Apa-apa pun saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang tidak henti-henti menyokong karier seni saya,” katanya.

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir
 

Artikel Berkaitan


Komen