Peminat teruja selepas melihat foto ultrasound bayi sedang memegang dumbell di kedua-dua tangannya dalam akaun laman sosial Instagram (IG) milik pelakon Sharifah Sakinah.

Rata-rata pengikut IG terkejut melihat bagaimana bayi berkenaan kelihatan seperti sedang workout di dalam kandungan.

Menerusi entri tersebut, Sakinah menulis:

I got it from my mommmmah

I got it from my mommmmah ?

A photo posted by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on


Selain dihujani ucapan tahniah, peminatnya juga dalam nada gurau berkata "wow dalam perut dah workout...keluar nanti sado wei"

Terdahulu, Sakinah mengesahkan dia kini sedang hamil di peringkat trimester pertama selepas keguguran April lalu.

Sakinah telah berkahwin dengan suaminya Aliff Adha pada Mac tahun lalu.

Teks oleh: Syafiqah Jalal