Penyanyi Britney Spears memuat naik beberapa keping foto terbaharunya di akaun Twitter, selepas berita kematiannya tersebar meluas pada Isnin lalu.

Menurut laporan Daily Mail, Britney telah memuat naik beberapa keping gambar dengan mimik muka yang lucu serta meniru gaya watak dalam filem Charlie's Angel.

"Saya berasa amat terkejut apabila laman Twitter Sony Music yang juga syarikat rakaman saya yang sendiri memuat naik status tersebut dengan mengatakan saya meninggal dunia.

"Ia amat memalukan sebenarnya kerana syarikat saya sendiri yang memuatnaikkan status tersebut.

"Jangan sesekali memandang rendah kepada kuasa seorang Charlie's Angel," katanya.

Namun, Sony Music tampil dalam satu kenyataan turut menjelaskan bahawa akaun Twitter tersebut telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan telah memadam status tersebut.

"Akaun ini telah digodam dan berita berkenaan adalah tidak benar sama sekali dan Britney kini berada dalam keadaan baik dan sihat," jelas kenyataan itu.

Don't underestimate the power of Charlie's ?

A photo posted by Britney Spears (@britneyspears) on


Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Daily Mail