Ayu Raudhah Umum Hamil Anak Ketiga

28 Disember 2016. 12.31 PM
10,676
Hiburan
Ayu Raudhah Umum Hamil Anak Ketiga
Pelakon Ayu Raudhah telah mengumumkan sedang hamil anak ketiga menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG)nya.

Menerusi foto yang dimuatnaik itu, Ayu menulis; "Insyaallah Coming Soon.. #babybump #3rdedition #prayforbabygirl" dan "Alhamdulillah Terima Kasih yang tak terhingga Atas segala Doa Dan Ucapan semua doakan yg terbaik untuk kami. #happyme #alhamdulillah #hanyaallahygdptmembalasnya #3rdpregnancy #babybump #ZAFamily #ayuraudhah #zaquanadha".

Selain status itu, Ayu juga turut mendapat ucapan tahniah daripada peminat di Instagramnya dan mereka juga mendoakan agar kandungannya sentiasa sihat.

Peminat turut meluahkan rasa teruja untuk melihat anak ketiganya ini dan mereka berharap agar baby yang bakal dilahirkan ini adalah bayi perempuan.

Ayu dan Zaquan atau nama sebenarnya Zaquan Adha Abdul Radzak bernikah pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser yang kini berusia tiga tahun dan Muhammad Aisy Aryann yang kini berusia dua tahun.
 
 

Insyaallah Coming Soon.. πŸ‘ΆπŸΌπŸ‘§πŸΌ #babybump #3rdedition #prayforbabygirl

A photo posted by ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on



Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Artikel Berkaitan


Komen