Penyanyi Farahdhiya akui suka memasak, namun tidak makan makanan yang dimasaknya itu.

Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 32, berkata dia perlu mengawal pemakanannya untuk tampil dengan tubuh badan yang ideal di kaca TV.

"Meskipun ibu saya bukan seorang yang suka memasak tetapi saya memang suka memasak sejak dari sekolah menengah lagi.

"Saya memasak hampir setiap hari di rumah dan biasanya saya akan memasak masakan melayu.

"Namun selalunya saya tidak akan makan masakan yang saya masak dan saya akan sediakan makanan itu untuk ayah dan adik saya di rumah.

"Bukan tak mahu makan tapi saya perlu menjaga pemakanan saya supaya tubuh badan saya tak nampak overweight. Saya akan makan pada hari cheat day saya sahaja.

"Bekerja dalam industri ini, penampilan adalah perkara utama yang perlu dijaga jadi nak atau tidak saya terpaksa mengawal pemakanan saya untuk nampak tidak terlalu besar dalam televisyen," katanya kepada Astro Gempak.

Penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu memberitahu dia rasa seronok apabila dapat mencuba pelabagai resepi baru terutama dalam masakan melayu.

"Saya suka masak masakan melayu. Kadang-kadang saya suka mencuba dan lakukan eksperimen terhadap sesuatu resepi mengikut kesukaaan saya.

"Rasa puas bila masakan saya dimakan habis doleh ayah dan adik. Maknanya sedap lah tu," katanya lagi.

Perkembangan lain, Farahdhiya baru sahaja menamatkan penggambaran sebuah filem keluaran Metrowealth (MIG) sebagai pelakon cameo.

Teks oleh: Syafiqah Jalal