Yatt Selamat Bersalin Anak Perempuan, Terima Kasih Doakan Kami - Suami

27 Disember 2016. 4.00 PM
6,519
Hiburan
Yatt Selamat Bersalin Anak Perempuan, Terima Kasih Doakan Kami - Suami
Bekas pelakon Yatt Hamzah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 9.14 pagi tadi (Selasa).

Perkara tersebut telah disahkan sendiri suami Yatt, Mohammad Zulfadhli Khiruddin kepada BH online.

Menurut Zulfadhli atau Zul, bayi seberat 3 kilogram itu dilahirkan di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju.

"Jika diikutkan, sejak dua hari lalu Yatt sudah rasa seperti mahu bersalin. Hanya kira-kira jam 4 pagi tadi baru air ketuban pecah.

"Isteri saya dimasukkan hospital sejak semalam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya sendiri menyaksikan perjuangan isteri melahirkan bayi di bilik pembedahan. 

"Ia momen yang cukup indah dan berharga. Perasaan bercampur baur. Saya gembira, teruja dan bersyukur pada masa sama," katanya.

Menurut Zul lagi, dia dan isteri berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan anak mereka.

"Tak kira jauh atau dekat, kami amat hargai doa dan kasih sayang mereka," katanya. 
Setakat ini, pasangan ini belum memutuskan nama untuk anak mereka. Yatt dan Zul bernikah pada 27 Februari lalu.

Bayi perempuan tersebut merupakan anak pertama Yatt dan Zul.

Pada perkahwinan lalu, Yatt dikurniakan anak perempuan, Suci Hanania Malika yang kini berusia enam tahun. 

Sumber: BH Online

Artikel Berkaitan


Komen