Tomok Uji Arrian, Peminat Teruja

27 Disember 2016. 2.23 PM
17,650
Hiburan
Tomok Uji Arrian, Peminat Teruja
Menerusi muatnaik di akaun Instagram (IG), penyanyi Tomok dilihat telah berkongsi sebuah video sedang menguji anak sulungnya, Arrian.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 32, telah menunjukkan beberapa karakter haiwan dalam permainan Pokemon dengan haiwan biasa.

Menerusi muatnaik tersebut Tomok turut menulis kapsyen; "Sapa kat sini kaki pokemon? boleh geng dengan arrian. Semua nama pokemon dia tau. Masalahnya, betul ke nama yg arrian sebut tu?"

Namun apa yang mengejutkan ialah anak sulung Tomok iaitu Arrianshah Akid (Arrian), 4, berjaya meneka kesemua nama karakter Pokemon dengan tepat.

Perkara tersebut telah membuatkan ramai pengikut tomok di Ignya memuji dan teruja dengan jawapan yang diberikan oleh Arrian.

Mereka juga mengagumi cara Tomok mendidik anaknya dan ada diantara peminat berharap agar mendapat anak seperti itu.

Berikut merupakan video Tomok bersama Arrian: 

 


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
 

Artikel Berkaitan


Komen