Peminat Terkejut Kemunculan Madhuri Dixit Dan Keluarga Di Taj Mahal

27 Disember 2016. 2.25 PM
11,892
Hiburan
Peminat Terkejut Kemunculan Madhuri Dixit Dan Keluarga Di Taj Mahal
Pelakon Bollywood, Madhuri Dixit, 49, bersama keluarganya melawat Taj Mahal telah mengejutkan pelancong di sekitar kawasan bersejarah tersebut.

Bintang filem Dil To Pagal Hai ini turut membawa kedua-dua anaknya Arin dan Raayan serta suami tersayang Dr Shriram Nene.

Penampilan Madhuri yang hanya memakai blaus bunga-bunga serta berkaca mata hitam membuatkan peminat kagum dengan gaya ‘simple’ dan bersahajanya.

Tujuan utama Madhuri membawa keluarganya bercuti ke salah satu lokasi tujuh perkara ajaib dunia ini ialah untuk memperkenalkan khazanah serta sejarah India kepada anak-anaknya tentang kehebatan negaranya itu.

Gambar percutian Madhuri turut dikongsi menerusi Instagram miliknya dengan kapsyen; ‘mengembara ke seluruh India bersama keluarga, saya amat berbesar hati dan berbangga dengan budaya hidup negara ini, Hidup India!’

Sebelum ini, Madhuri telah menetap di Amerika Syarikat selama beberapa tahun sebelum berhijrah semula ke India.

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir 
 

Artikel Berkaitan


Komen