Kenal 5 Bulan Menerusi Whatsapp, Ainan Tasneem Nikah 7 Januari Depan

27 Disember 2016. 12.34 PM
36,256
Hiburan
Kenal 5 Bulan Menerusi Whatsapp, Ainan Tasneem Nikah 7 Januari Depan
Penyanyi, Ainan Tasnem, 24, bakal melangsungkan majlis pernikahan dengan bakal suaminya, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi pada 7 Januari 2017.

Menurut pelantun lagu Hanya Padamu, dia mengenali Ariffudin menerusi aplikasi Whatsapp  pada bulan Syawal lalu sebelum membuat keputusan untuk berjumpa empat mata.

“Tempoh perkenalan kami boleh dikatakan singkat sekitar lima bulan tetapi ini semua adalah jodoh yang telah ditentukan oleh Nya untuk satukan kami berdua.

“Ariffuddin seorang lelaki yang baik dan keluarga saya juga menyenangi dengan personaliti dan peribadinya.

“Malah, keluarga pun merestui hubungan kami untuk bergelar suami isteri dan mereka gembira sekali apabila saya membuat keputusan untuk berumah tangga,” kata Ainan kepada Astro Gempak.

Tambah Ainan lagi, selepas mendirikan rumah tangga dia kemungkinan akan berhenti terus daripada menyanyi dan fokus kepada bidang pelajaran.

Ketika ini, dia masih lagi menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dalam Bidang Sarjana Sains Biologi.

“Saya akan tamat pengajian pada bulan April 2017, dan selepas itu saya mempunyai perancangan untuk menjadi seorang pensyarah.

“Disebabkan itu jugalah, karier nyanyian saya mungkin akan ditinggalkan dan fokus kepada cita-cita saya untuk menjadi seorang tenaga pengajar.

“Apa jua keputusan yang saya buat, Ariffuddin menyokong sepenuhnya selagi saya memegang teguh kepada syariat agama,” katanya.



Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir 
 

Artikel Berkaitan


Komen