Turun 14 KG Selepas Bersalin, Yana Samsudin Tidak Amalkan Senaman

27 Disember 2016. 12.18 PM
18,157
Hiburan
Turun 14 KG Selepas Bersalin, Yana Samsudin Tidak Amalkan Senaman
Bentuk tubuh milik pelakon dan pengacara Yana Samsudin kembali ramping seperti anak dara selepas melahirkan anak sulungnya, Aisy Mateen pada 21 Julai lalu.

Menurut pemilik nama sebenar Norliana Samsudin, 31, dia kehilangan berat badan sebanyak 14 kilogram secara semulajadi.

"Sewaktu hamil, berat saya mencecah 70 kilogram. Kini berat badan saya 56 kilogram. Saya tidak mengamalkan apa-apa rutin senaman kerana saya melahirkan Aisy Mateen secara pembedahan.

"Berat badan saya turun secara semulajadi kerana mengamalkan proses penyusuan badan untuk Aisy Mateen," kata Yana kepada Astro Gempak.

Tidak melakukan sebarang senaman, Yana mengamalkan cara pemakanan yang sihat untuk mengurangkan berat badannya.

"Walaupun saya tidak bersenam, saya mengawal pemakanan saya. Selain untuk diri sendiri, saya juga mengamalkan pemakanan sihat untuk anak saya.

"Bagi saya, apa yang penting adalah kesihatan anak kerana dia masih bergantung dengan susu ibu. Alhamdulillah, Aisy Mateen semakin membesar dan saya bersyukur dia sihat-sihat sahaja," katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Yana baru sahaja muncul dengan filem Happy Birth Death yang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 22 Disember.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Artikel Berkaitan


Komen