Pelakon Adi Putra telah menegur seorang pengguna laman sosial dengan memuatnaik foto komen yang ditinggalkan wanita tersebut kepadanya.

Pengguna laman sosial tersebut yang menggunakan nama @zarinabakariah telah meninggalkan komen berbaur hinaan kepada Adi.

Wanita tersebut turut menyentuh tentang rumah tangga Adi dan isteri keduanya Norshahida sedang bermasalah.

Selain itu, Adi turut memuat naik dua lagi komen @zarinabakariah yang menuduhnya sebagai seorang lelaki dayus yang berlagak baik dan hanya berselindung di sebalik perwatakan alim.



Pengguna laman sosial itu juga turut mencabar Adi untuk mendedahkan foto kedua-dua isterinya.

Dalam pada itu, ruangan BiPop Berita Harian pada Ahad turut menulis tentang perkahwinan Adi dan Norshahida sedang bermasalah.

Bagaimanapun tiada kepastian mengenai punca keretakan rumah tangga mereka.

Pada ruangan tersebut turut mendedahkan Norshahida juga telah keguguran ketika usia kandungannya mencecah lima minggu.

Tetapi perkara ini masih dirahsiakan oleh pihak Adi walaupun keguguran yang dialami isterinya itu sudah berlaku berberapa bulan lalu.