Kumpulan Black Pink yang baru saja mencipta nama di industri muzik Korea Selatan kini dilihat semakin menarik perhatian peminat muzik kpop.

All Kpop melaporkan Black Pink kini merupakan kumpulan wanita paling banyak pengikut di media sosial Instagram.

"Jumlah pengikut yang mengikuti laman sosial kumpulan ini naik secara drastik sehingga ia berjaya mengatisi kumpulan-kumpulan wanita yang lain.

"Sehingga kini akaun rasmi kumpulan ini @blackpinkofficial mempunyai 1.897 juta pengikut dan mereka juga mengatasi kumpulan Red Velvet yang hanya memiliki 1.844 juta pengikut," kata sumber.

Kumpulan yang dianggotai oleh empat wanita itu juga berjaya membawa pulang trofi dalam anugerah muzik baru-baru ini.

Perkara tersebut dilihat sebagai luar biasa kerana akaun kumpulan itu baru sahaja dibuka Ogos lalu.

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi
Sumber: All Kpop