Disamakan Dengan Chucky, Vokalis Sakura Band Sedih Baca Komen Netizen

23 Disember 2016. 4.19 PM
10,762
Hiburan
Disamakan Dengan Chucky, Vokalis Sakura Band Sedih Baca Komen Netizen
Vokalis Sakura Band iaitu Mell akui sedih membaca komen netizen apabila fotonya yang disamakan dengan watak patung dalam filem seram popular Chucky menjadi viral.

Mell atau Melly Matius, 28, berkata, dia terkejut apabila fotonya menjadi viral dan imejnya ketika membuat persembahan pada AIM22 yang berlangsung pada 18 Disember lalu disamakan dengan patung seram Chucky.

"Saya pada awalnya terkejut juga apabila gambar saya menjadi viral dan imej saya disamakan pula dengan patung seram Chucky.

"Sedih memang sedih apabila baca komen netizen tetapi tidaklah sampai saya berkecil hati.


"Saya fikir positif dan menganggap penyebaran gambar itu akan buat orang lebih kenal siapa saya dan Sakura Band," katanya.

Dalam pada itu, Mell berkata, imej yang dibawa pada malam itu adalah khas untuk persembahan berkenaan yang menggambarkan perasaan gembira dan ceria.
 
Malah kata Mell, dia tidak berhasrat untuk mengekalkan rambut berwarna jingganya dan akan kembali kepada warna asal.
 
"Bila difikirkan lucu juga tetapi imej pada malam itu sebenarnya khusus untuk AIM22 dan tidak berhasrat untuk mengekalkan warna rambut saya sekarang,” ujarnya.

Tambah Mell lagi, Sakura Band akan tampil dengan single terbaharu tidak lama lagi sebagai kesinambungan kepada kejayaan Polaroid.
 
Menariknya kata penyanyi kelahiran Sabah ini, mereka akan tampil dengan konsep dan imej berbeza bagi memberikan kelainan kepada peminat.
 
Sumber: mStar Online
 

Artikel Berkaitan


Komen