Pelakon Bollywood, Kareena Kapoor akhirnya muncul di hadapan media untuk berkongsi wajah anak sulungnya yang diberi nama Taimur Ali Khan.

Taimur yang dilahirkan pada 20 Disember lalu telah menjadi buruan para media di sana yang mahu mendapatkan fotonya bersama ibunya, Kareena.

Kemunculan Kareena dan suami Saif Ali bersama Taimur di perkarangan Hospital Breach Candy Mumbai, India telah menarik perhatian pihak media yang kemudiannya merakam momen mereka sekeluarga.

Ketika itu pasangan secocok ini hanya berpakaian kasual dan sedondon berwarna biru tampak manis dengan senyuman dibibir.

Apa-apa tahniah kepada Kareena dan Saif dikurniakan orang baru dan moga-moga Taimur membesar dengan baik dan kepada ibu dan ayahnya.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir
Sumber: The Times of India