Penyanyi dan pengacara, Hunny Madu telah pun melancarkan koleksi tujuh warna gincu bibir hasil pilihannya sendiri dengan jenama maducosmetics.

Menurut Hunny, ke semua warna gincu ini hanya boleh dibeli menerusi laman sosial iaitu akaun Instagram (IG) maducosmetics.

“Ramai juga yang tertanya-tanya kenapa gincu saya tak promosi secara besar-besaran di mana-mana majlis atau keraian dan memilih platform media sosial sahaja.

“Jawapan saya ialah ini perniagaan saya baru sahaja bermula, lagipun sudah menjadi trend terkini peniaga lebih berminat menjualnya produk menerusi laman sosial seperti FB dan IG.

“Sambutan buat masa sekarang amat mengalakkan, warna-warna gincu koleksi saya memang pilihan saya sendiri yang sesuai dengan cuaca dan fesyen wanita Malaysia,” kata Hunny ditemui Astro Gempak baru-baru ini.

Tambah Hunny lagi, sekiranya sambutan gincu ini terus mendapat sokongan daripada semua pihak dan penjualannya melepasi sasaran.

Dia bercadang untuk memperkenalkan produk kosmetik lain seperti bedak asas, mascara dan warna pembayang mata.

“Saya berminat untuk menjual gincu kerana saya memang minat dengan gincu kerana tanpanya membuatkan penampilan saya akan rasa kurang cantik.

“Walaupun ramai selebriti lebih tertarik untuk lancarkan koleksi minyak wangi, tapi saya yakin gincu juga mempunyai pengikutnya tersendiri.

“Apa-apa pun, silalah cuba beli gincu saya kerana warna pilihan saya itu berbeza dengan gincu yang sedia ada dalam pasaran,” katanya.

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir