Selepas Berlakon, Nazrief Nazri Nak Jadi Penyanyi

22 Disember 2016. 6.33 PM
3,760
Hiburan
Selepas Berlakon, Nazrief Nazri Nak Jadi Penyanyi
Pelakon Nazrief Nazri akui menyimpan hasrat untuk menjadi seorang penyanyi sejak berumur 18 tahun.

Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 25, memberitahu dia pernah memasuki ujibakat program realiti popular, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) namun rezeki tidak berpihak kepadanya.

“Niat nak jadi penyanyi dah lama sebenarnya dan kalau kira memang saya bermula dengan menyanyi.

“Saya sendiri pernah cuba ujibakat AF7 selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), waktu itu umur saya sudah 18 tahun cuma tak cukup bulan saja.

“Jadi disebabkan perkara itu saya tidak dapat masuk dan saya anggap memang itu bukan rezeki.

"Selepas pada itu saya ambil keputusan untuk sambung belajar, niat untuk menyanyi terkubur begitu saja.

“Kemudian bila saya sertai Hero Remaja 2011/2012, peluang berlakon datang terlebih dalu, sebab itu saya pendamkan dulu hasrat saya untuk jadi penyanyi.

“Jadi saya rasa tahun ini adalah tahun yang sesuai dan sekarang saya dalam proses untuk menyiapkan single pertama,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kerjayanya, Nazrief memberitahu dia tidak akan melupakan karier lakonan sebaliknya berjalan seiring dengan nyanyian.

“Kalau ditanya pasal jiwa, memang nombor satu adalah nyanyian tetapi saya tidak akan tinggalkan dunia lakonan kerana rezeki saya bermula daripada situ.

“Kalau boleh kedua-duanya berjalan seiring, saya akan cuba bahagikan masa untuk lakonan dan nyanyian, kalau ada tawaran untuk menjadi hos pun saya akan terima.

“Saya nak cuba semua benda, bidang seni tidak terhad hanya kepada lakonan dan nyanyian saja.

“Alhamdulillah, karier saya okay walaupun saya tidak popular tapi saya ada rasa peningkatan terhadap lakonan saya dan rasanya saya berada di landasan yang betul.

“Saya juga harap ini merupakan permulaan yang baik untuk saya diterima dalam bidang nyanyian pula,” ujarnya.

Teks oleh: Mya Amri
 

Artikel Berkaitan


Komen