Luna Maya Tak Suka Ambil Foto Bersama Peminat Di Pusat Beli Belah

22 Disember 2016. 5.53 PM
6,906
Hiburan
Luna Maya Tak Suka Ambil Foto Bersama Peminat Di Pusat Beli Belah
Pelakon Indonesia, Luna Maya berterus terang yang dirinya tidak gemar mengambil foto bersama peminat di pusat membeli belah sekitar Jakarta.

Menurut Luna, permintaan peminat untuk bergambar dengannya akan ditolak secara baik kerana waktu itu dia tidak bekerja.

“Saya kalau berjalan-jalan seorang diri di pusat membeli belah, saya tidak selesa di ganggu apatah lagi untuk bergambar.

“Bagi saya, waktu cuti bukannya untuk bekerja tetapi untuk rehatkan diri seperti menonton wayang, makan-makan dan membeli barangan.

“Almaklumlah saya dikenali ramai, jadi memang ramai nak bergambar. Saya menolak pun tidaklah secara kasar, saya akan cakap baik-baik dan mohon maaf,” kata Luna dalam sesi temubual bersama kapanlagi.com

Tambah Yuna lagi, rata-rata peminat yang pernah terserempak dengannya telah memahami keengganan dia untuk bergambar.

“Kalau ada yang cakap saya sombong atau mengada-ngada itu adalah mulut orang, memang sukar untuk saya tutup.

“Tapi selebriti seperti saya akan gunakan waktu cuti dengan sepenuhnya kerana itulah masa yang sesuai untuk buat perkara yang saya suka.

“Kadang-kadang dalam sebulan, hanya ada beberapa hari saya dapat cuti jadi tak wajarkan saya diganggu,” katanya.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir
Sumber: Kapanlagi.com 
 

Artikel Berkaitan


Komen