Sahabat lama Miss K, Che Puteh pagi-pagi lagi dah telefon Miss K. Seperti biasa, Che Puteh yang juga merupakan rakan wartawan membawa khabar terbaru mengenai artis dan selebriti.
Che Puteh agak keliru dengan keadaan seorang artis yang bernama Saharul Ridzwan. Cerita Che Puteh, dia menghadiri sebuah majlis baru-baru ini. Nama Saharul tercatat sebagai salah seorang artis yang hadir di acara tersebut.
Sewaktu penganjur melayangkan jemputan, penganjur memang menguar-uarkan Saharul memang akan datang ke acara tersebut kerana tujuan majlis itu diadakan pun adalah untuk meraikan Saharul dan beberapa orang artis lain.
Selain menyokong acara tersebut, salah satu sebab mengapa Che Puteh datang ke majlis itu adalah untuk menemuramah Saharul. Che Puteh tu memang gigih, sebelum hadir ke acara tersebut, dia sudah siap sediakan soalan awal-awal lagi.
Kata Che Puteh, selain mahu bertanyakan pendapat Saharul mengenai acara tersebut, mesti ramai yang nak tahu apa perkembangan terbaru Saharul dalam bidang lakonan dan pengalaman Saharul menjaga isteri yang kini sedang hamil.
Tunggu punya tunggu, sampai ke sudah kelibat Saharul tidak kelihatan sehingga akhir majlis. Artis-artis lain semuanya selamat tiba ke majlis tersebut. Che Puteh pun bertanya kepada pihak penganjur, mana perginya Saharul.
Pihak penganjur memohon maaf dan mengatakan Saharul memaklumkan yang dia tidak dapat hadir ke majlis tersebut satu jam sebelum majlis bermula. Dengarnya, Saharul tidak sihat.
Namun begitu, ada sesuatu yang membuatkan Che Puteh keliru dengan keadaan Saharul. Katanya tidak sihat, tetapi apabila Che Puteh membuka laman sosial Instagram Saharul malam itu, pada hari yang sama, Saharul sedang bersenam di gimnasium pulak.
Aik, mana satu ni? Betul ke tak sihat? Tapi boleh bersenam di gimnasium pula? Che Puteh yang keliru itu hanya mengambil pendekatan untuk bersangka baik. Bak kata orang, husnuzon!
Fikir Che Puteh, mungkin Saharul bersenam untuk mengeluarkan peluh. Ye la, kalau kita tak sihat, takkan nak tidur baring je. Lebih baik keluarkan peluh sikit, ye tak?
Tak pun, Che Puteh hanya beranggapan yang Saharul memuatnaik foto throwback di laman Instagaram miliknya. Miss K hanya mampu mendengar cerita Che Puteh. Nak komen lebih-lebih pun, Miss K tiada di tempat kejadian. Semoga Saharul lekas sembuh ya, get well soon!
Miss K: Tak sabarnya menantikan program Duo Star yang bakal ditayangkan bermula 25 Disember ini, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). Mesti gempak!
*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!
Kamaruddin Razal
Thu Dec 22 2016
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan