Siti Nordiana Tunjuk Bakat Menari Dalam Teater Muzikal Dia Semanis Honey

22 Disember 2016. 12.24 PM
5,963
Hiburan
Siti Nordiana Tunjuk Bakat Menari Dalam Teater Muzikal Dia Semanis Honey
Penyanyi Siti Nordiana akan menunjukkan bakat menarinya menerusi teater Dia Semanis Honey untuk beberapa buah lagu yang dinyanyikan.

Menurut Nana, tarian yang bakal dipersembahankan hanyalah pergerakan biasa dan koreografinya pula tidak sukar untuk diikuti.

“Saya akui memang tidak pandai menari tetapi untuk teater Dia Semanis Honey Muzikal saya sahut cabaran untuk melakukannya.

“Mujur ada bantuan daripada tenaga produksi yang membantu saya dalam semua pergerakan tarian itu.

“Memang susah, kena banyak benda kena ingat dalam minda agar saya tak terlupa bila nak menyanyi, menari mahupun berdialog dengan pelakon lain,” kata Siti Nordiana ketika dihubungi Astro Gempak.

Tambah Nana lagi, persediaan dan persiapan untuk dirinya sudah meliputi 60 peratus dan selebihnya dia akan tingkatkan lagi menerusi latihan yang telah dijadualkan.

“Untuk lagu saya akan menyanyikan sekitar lima hingga enam buah lagu termasuklah lagu duet dengan Alif Satar.

“Persembahan teater ini adalah percubaan sulung saya dan sokongan daripada peminat amat diperlukan agar saya lebih bersemangat dan tak gugup.

“Apa-apa pun banyak juga kejutan yang bakal menanti penonton terutama dari segi lagu, kalau nak tahu lagu apa kenalah datanglah menonton kerana ia pasti mengamit memori anda,” katanya.

Teater Dia Semanis Honey Muzikal akan mula dipentaskan di Istana Budaya bermula pada 3 hingga 9 Januari 2017 dan tiket boleh dibeli menerusi laman web www.airasiaredtix.com.  
 
 

Belanja sikit latihan #diasemanishoneymusical #diasemanishoney #sitinordiana #alifsatar #hanisafira #ahnafwafiy

A video posted by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir
 

Artikel Berkaitan