Jennifer Lopez, Drake Keluar Bersama

21 Disember 2016. 9.52 PM
1,959
Hiburan
Jennifer Lopez, Drake Keluar Bersama
Hubungan penyanyi Jennifer Lopez atau J.Lo dan Drake kini dikatakan semakin intim dan mereka dikhabarkan sudah mula keluar bersama.

Khabarnya JLo dan Drake mula rapat selepas bekerjasama dalam sebuah projek muzik.
Mengukuhkan lagi dakwaan mereka sedang dilamun cinta apabila J.Lo memuat naik fotonya bersama Drake seperti sedang berbaring mesra.

Menurut portal TMZ, Drake menyewa sebuah restoran pada Isnin lalu dan J.Lo hadir sebagai tetamu undangannya untuk makan malam bersama.

Restoran itu juga telah ditutup kepada orang ramai sementara 20 lagi tetamu turut diundang untuk menyertai pasangan selebriti berkenaan.

Drake juga dikhabarkan menghadiri dua persembahan J.Lo yang diadakan di Vegas baru-baru ini.

Sumber: TMZ

Artikel Berkaitan


Komen