Park Seo Joon Senang Berlakon Dengan Lee Kwang Soo

21 Disember 2016. 8.05 PM
11,639
Hiburan
Park Seo Joon Senang Berlakon Dengan Lee Kwang Soo
Pelakon Korea popular, Park Seo Joon akui seronok berkerjasama dengan aktor Lee Kwang Soo.

Perkara itu didedahkan oleh Seo Joon menerusi akaun Instagram (IG) nya semalam.

Menerusi foto yang dimuatnaik, kelihatan Kwang Soo sedang memeluk Seo Joon sambil tersenyum dengan berlatarbelakangkan set penggambaran drama terbaru berjudul Hwarang: The Beginning.

Menurut Seo Joon, Kwang Soo memberikan aura positif dan membuatkan dia berasa selesa untuk bekerjasama dengan bintang Running Man itu.

“Mari saya dedahkan sedikit foto-foto disebalik tabir drama Hwarang yang saya ambil menerusi koleksi saya sendiri.

“Pertama sekali saya ingin memberitahu saya seronok menjalani penggambaran drama ini dan terima kasih kepada Lee Kwang Soo,”
tulisnya.

Terdahulu, Lee Kwang Soo membawakan karakter sebagai Mak Mun yang merupakan watak cameo dalam Hwarang: The Baginning.

Jangan lupa saksikan Hwarang: The Beginning mula bersiaran pada 20 Disember, setiap Selasa dan Rabu, jam 8.57 malam secara eksklusif di KBS World (saluran 393).

Teks oleh: Mya Amri

 

Artikel Berkaitan


Komen