Priyanka Chopra Nafi Lupa Daratan, Enggan Berlakon Dalam Filem Bollywood

21 Disember 2016. 6.30 PM
4,620
Hiburan
Priyanka Chopra Nafi Lupa Daratan, Enggan Berlakon Dalam Filem Bollywood
Pelakon Bollywoood, Prinyanka Chopra menafikan dirinya lupa daratan kerana enggan berlakon dalam mana-mana filem Bollywood.

Khabar angin tersebut semakin hebat diperkatakan apabila Priyanka dilihat semakin aktif membintangi drama siri Quantico dan filem Hollywood.

“Saya masih tidak lupa asal usul saya dari mana dan tak pasti dari mana datangnya cerita yang mengatakan saya dah tak mahu berlakon dengan produksi Bollywood.

“Itu sangat salah dan tidak benar, untuk tahun 2017 saya akan berlakon dua buah filem selepas saya berbincang dengan produser yang terlibat.

“Saya akan datang ke India penghujung bulan Januari depan untuk memilih watak dan filem mana yang sesuai kerana tawaran yang saya terima itu memang banyak.

“Jadi pemilihan filem itu perlu dibuat secara teliti agar ia boleh menyerlahkan lagi bakat saya di arena filem Bollywood,” kata Priyanka kepada portal The Times of India.

Dalam perkembangan lain, Priyanka bakal muncul dengan filem baru bertajuk Baywatch dan berlakon dengan bintang besar Hollywood seperti Zac Efrron dan Dwayne Johnson.

Filem Baywatch, dia akan membawa watak antagonis dan promosi untuk filem ini sedang giat dijalankan sehingga ditayangkan pada tahun hadapan.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir
 
 

Artikel Berkaitan


Komen