Bantu Isteri Cuci Pinggan, Peminat Anggap Aaron Aziz Suami Mithali

21 Disember 2016. 6.04 PM
16,676
Hiburan
Bantu Isteri Cuci Pinggan, Peminat Anggap Aaron Aziz Suami Mithali
Pengikut Instagram (IG) Diyana Halik memuji sikap suaminya Aaron Aziz membantu dia mencuci pinggan ketika berada di dapur.
 
Diyana, menerusi muatnaik di IGnya, dilihat berkongsi sebuah video yang menunjukkan suaminya sedang mencuci pinggan.
 
Menerusi muatnaik tersebut Diyana turut menulis kapsyen; "Tanya la isteri mana mana, ni baru hebat. Ok la tu tak dapat sayang tapi tlg cuci mangkuk! #isterituanaaron #aaronaziz #aaronazizfamily (that's all for today, Kalau lagi satu Kali I record terus jadi Malik nanti).
 
Walaupun video tersebut menunjukkan Aaron seperti dibuli oleh isterinya namun perbuatan itu mendapat pujian daripada peminat.
 
Rata-rata peminatnya memuji tindakan yang dilakukan oleh Aaron Aziz dan menganggapnya sebagai seorang suami yang Mithali.
 
Perbuatan yang dilakukan oleh Aaron itu dianggap begitu 'sweet' oleh peminatnya.
 
Ada juga sebilangan daripada mereka berkata bukan mudah untuk mencari lelaki yang akan membantu isterinya untuk membasuh pinggan di dapur.
 
Jangan lupa saksikan drama bersiri Isteri Tuan Ihsan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
 

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Artikel Berkaitan