Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun, memberitahu merancang untuk menggabungkan semula kumpulan UNIC yang pernah menaikkan namanya suatu ketika dahulu.

Menurut Hafiz, 32, berkata, dia mahu menyatukan kembali ahli kumpulan UNIC di dalam sebuah konsert.

"Saya telah merancang untuk menyatukan semula semua anggota kumpulan UNIC di dalam sebuah konsert yang akan diadakan pada tahun hadapan.

"Konsert yang bakal diadakan ini adalah untuk meraikan sambutan 15 tahun kami dalam bidang seni.

"Ia akan mengabungkan semula anggota kumpulan Unic dahulu dan kini di atas satu pentas yang sama," katanya kepada Astro Gempak.

Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu bertajuk 'Yang Dinantikan' di Restoran Rebung, Kuala Lumpur.

Tambah Hafiz, dia merancang untuk mengadakan konsert tersebut pada bulan Mac tahun depan.

UNIC kini dianggotai oleh Bazli Hazwan Che Rosman, Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin dan Wan Najdi Wan Mohd Noh.

Selain Hafiz, UNIC juga pernah dianggotai oleh Mohamad Fitri Mohamad Haris, Wan Sharifuddin Wan Hassan, Syed Mohd Azlan Syed Amirruddin, Mohd Afendi Jahri dan Ahmad Fadzli Abd Aziz.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi