Kongsi Foto Baby Bump, Peminat Tidak Sabar Menantikan Anak Syatilla Melvin

20 Disember 2016. 8.40 PM
22,311
Hiburan
Kongsi Foto Baby Bump, Peminat Tidak Sabar Menantikan Anak Syatilla Melvin
Pengikut Instagram (IG) Syatilla Melvin menyatakan rasa teruja dan tidak sabar mereka menantikan kelahiran bayi pelakon tersebut dan suaminya, Shaheizy Sam.

Syatilla, menerusi muatnaik di IGnya telah berkongsi sekeping foto yang menampakkan 'baby bump'nya.

Menerusi muatnaik tersebut Syatila turut menulis kapsyen; "Dulu mungkin kak ipaq qhasa lebaq bila duk tepi adik ipaq, la ni karma balaih balik #rasaketaqplaknakmasuk5bulandah".

Usia kandungan Syatilla yang kini bakal memasuki lima bulan, dan dijangka melahirkan bayi sulungnya itu pada bulan Mei tahun depan.

Menerusi hashtag yang digunakan, Syatilla juga dilihat tidak sabar untuk menantikan kelahiran anaknya itu dan mengakui agak risau apabila usia kandungannya memasuki lima bulan.

Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Syatilla dan bayinya sentiasa sihat.

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendirikan rumah tangga pada 7 Februari lepas di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang setelah 6 tahun berkenalan.
 
 

Dulu mgkin kak ipaq qhasa lebaq bila duk tepi adik ipaq,lani karma balaih balik😂😝 @izette78 #rasaketaqplaknakmasuk5bulandah

A photo posted by *S Y A T I L L A M E L V I N* (@samtilla) on


 
 
 

Saja nak habaq kata bawah tu padang kota😍

A photo posted by *S Y A T I L L A M E L V I N* (@samtilla) on


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Artikel Berkaitan


Komen