Mariah Carey Masih Pakai Cincin Tunang Walaupun Sudah Berpisah

20 Disember 2016. 6.35 PM
2,833
Hiburan
Mariah Carey Masih Pakai Cincin Tunang Walaupun Sudah Berpisah
Penyanyi Mariah Carey dilihat masih memakai cincin pertunangan yang diberikan oleh bekas tunangnya.

Biarpun pertunangannya bersama jutawan Australia, James Parker sudah putus Oktober lalu, namun dia masih memakai cincin istimewa yang diberikan oleh lelaki itu.

Mariah dilihat memakai cincn berkenaan ketika menghadiri Late Night With Seth Meyers sebagai perhiasaan busananya.

Daily Mail melaporkan, sehingga kini penyanyi itu tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.

Namun menurut sumber, Mariah kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang penari latarnya, Bryan Tanaka.

"Dia kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang penari latarnya," kata sumber.

Bahkan pasangan itu pergi ke Hawaii untuk menghadiri salah satu program realiti Mariah, 'Mariah's World'.

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Daily Mail
 

Artikel Berkaitan


Komen