Peminat Mahu Kalendar Ekslusif 2017 Azrinaz Mazhar Di Dubai

20 Disember 2016. 6.45 PM
18,207
Hiburan
Peminat Mahu Kalendar Ekslusif 2017 Azrinaz Mazhar Di Dubai
Teka-teki mengenai kunjungan bekas personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim ke Dubai baru-baru ini akhirnya terjawab selepas dia memuat naik sebuah video di laman sosial Instagram (IG)nya.

Menerusi video tersebut, Azrinaz dilihat menyelak helaian kalendar ekslusif 2017 yang tertera wajahnya ketika berada di Dubai.

Pengikut di IG Azrinaz juga sangat teruja dan menyatakan keinginan mereka untuk memiliki kalendar ekslusif personaliti TV cantik tersebut.

Kebanyakan mereka meninggalkan komen ‘jatuh cinta’ dengan kalendar yang dipenuhi wajah cantik Azrinaz yang diambil ketika sesi penggambaran di Dubai.

Terdahulu, Azrinaz pernah memuat naik  gambar-gambarnya di Dubai dengan mengenakan busana rekaaan Rizman Ruzaini dan telah menyebabkan ramai pengikut di IG tertanya-tanya tujuan utamanya ke Dubai selepas berhijab.

Apa-apa pun Astro Gempak tidak pasti, kalendar ekslusif 2017 Azrinaz itu akan diedarkan kepada siapa.
Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir
 
 
 

Artikel Berkaitan