Terkejut Miss K baca kenyataan yang mengatakan pelakon dan pengacara Neelofa telah mengakui wujud orang ketiga membabitkan hubungannya dengan pelakon Fattah Amin.

Walaupun mereka berdua tak pernah mengaku bercinta, tapi semua orang boleh nampak hubungan teman tapi mesra yang terjalin antara mereka.

Puas Miss K teka, siapakah gerangan individu yang didakwa jadi orang ketiga tu? Dengarnya, individu yang dimaksudkan merupakan seorang aktres berdarah campuran.

Korek punya korek, Miss K singgah ke laman gosip, Forum Cari. Menurut beberapa pelawat Forum Cari, aktres wanita yang dimaksudkan adalah Tania Hudson!

Emmmm… ye ke? Betul ke Tania individu yang didakwa jadi orang ketiga antara Neelofa dan Fattah?

Apa yang Miss K tahu, sebelum ini, Fattah pernah digandingkan dengan Tania menerusi sebuah filem terbaru terbitan Skop Production, KL Special Force.

Dalam filem tersebut, Fattah menjadi teraju utama. Tania pula membawa watak sebagai anak kepada ketua kumpulan kongsi gelap yang merupakan teman wanita kepada Fattah.

Miss K pun masih samar-samar mengenai berita ini sebab Miss K sendiri tak tahu kebenaran khabar yang disampaikan. Selepas berpisah dengan Sherry Ibrahim, Fattah pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan Mira Filzah.

Fattah dikatakan menjalin hubungan dengan Neelofa selepas mereka bergandingan dalam drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot. Sekarang ni, nama Tania pula muncul sebagai wanita yang dikaitkan dengan Fattah. Mana satu yang betul ni sebenarnya? Pening Miss K!

Miss K: Dengar cerita Uqasha Senrose nak sambut Tahun Baru 2017 di Los Angeles! Wah, bestnya!

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!