Jep, Shuib Kenakan Rahim Sebab Tak Boleh Butang Seluar

20 Disember 2016. 5.16 PM
9,940
Hiburan
Jep, Shuib Kenakan Rahim Sebab Tak Boleh Butang Seluar
Ahli kumpulan Sepahtu, Rahim mengaku tidak boleh butang seluarnya ketika beraksi dalam Sepahtu Reunion Live di Finas baru-baru ini.

Menurut Rahim, seluar yang diterima oleh pihak produksi itu agak ketat sehingga dia tidak mampu duduk dengan betul.

“Keadaan pada masa itu agak kelam kabut, jadi saya capai saja baju dan seluar yang kena pakai untuk persembahan malam itu.

“Apabila Shuib dan Jep dapat tahu saya tak muat nak pakai seluar itu, mereka hanya mampu gelak dan ini masanya untuk kenakan saya.

“Nasib baik ada sampin untuk lindung seluar yang tidak butang itu, pada mulanya memang tiada babak untuk saya duduk.

“Tapi, Jep suruh saya duduk nak uji saya boleh buat atau tidak, nasib baik tak koyak, kalau koyak mesti lagi kelakar,” kata Rahim ketika ditemui Astro Gempak baru-baru ini.

Tambah Rahim lagi, Sepahtu Reunion Live skripnya adalah spontan dan tiada sesi latihan bersama sebelum dipersembahkan kepada penonton.

“Memang mencabar kerana jalan cerita itu memang secara santai dan idea itu boleh datang secara semulajadi.

“Kami tidak boleh berhenti secara tiba-tiba nanti nampak pelik dan penonton mesti tak seronok kalau kami diam.

“Apa-apa pun, Sepahtu Reunion Live satu-satunya program lawak yang disiarkan secara langsung, ia satu penghormatan buat kami,” katanya.

Sepahtu Reunion Live disiarkan secara langung menerusi saluran Warna (132) dan Mustika HD (134) setiap hari Jumaat jam 10 malam.

 

Artikel Berkaitan


Komen