Neelofa Kecewa Dapat Tahu Fattah Amin Ada Orang Ketiga

20 Disember 2016. 3.50 PM
66,772
Hiburan
Neelofa Kecewa Dapat Tahu Fattah Amin Ada Orang Ketiga

Pelakon Neelofa mengaku kecewa selepas mengetahui berita mengenai Fattah Amin yang dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan aktres berdarah campuran.

Bagaimanapun Neelofa atau Noor Neelofa Md Noor, 27, berkata, dia mengambil pendekatan untuk tidak mengulas panjang.

"Tidak adil kalau saya ulas perkara ini tanpa Fattah atau orang ketiga itu di sini dan tidak mahu ia akan jadi salah faham dan memburukkan lagi keadaan.
 
"Saya baru tahu cerita ini cuma saya kesal cara saya mengetahui berita dakwaan ini dengan cara yang tidak elok," ujarnya kepada mStar Online.
 
Neelofa ditemui pada sidang media sempena pelantikannya sebagai duta Kad Muslimah Bank Rakyat yang diadakan di Menara Kembar Bank Rakyat, pada pagi Selasa.
 
Tambah Neelofa, dia enggan terlalu memikirkan perkara tersebut yang hanya menganggu fokusnya dalam kerjaya.
 
Sementara itu, mengulas  hubungan dia dengan pelakon gandingannya dalam drama Suri Hati Mr Pilot itu, Neelofa berkata ia agak rumit untuk dijelaskan.
 
"Kami mulai rapat sejak berlakon bersama dan selesa berkawan dengan dia sepanjang kami berlakon bersama.

"Peminat pula suka dan mahukan saya dan Fattah betul-betul mempunyai hubungan istimewa. Ia bukan sesuatu yang mudah kerana saya perlu memikirkan banyak pihak jika ingin memberi kenyataan tentang hubungan kami.

"Bagaimanapun apa yang saya boleh katakan hubungan kami sekarang ialah complicated," ujarnya.

Dalam pada itu, Neelofa berkata, dia boleh bersikap profesional andainya mereka digandingkan semula dalam sesebuah drama.

Sumber: Mstar Online


Artikel Berkaitan


Komen