Anak lelaki kacak aktor terkenal Bollywood Shah Rukh Khan, Aryan Khan dikatakan bakal dijodohkan dengan anak perempuan pelakon Saif Ali Khan iaitu Sara Ali Khan.

Bagaimanapun anak kedua-dua hero Bollywood ini akan dijodohkan dalam sebuah filem dan berita mengenainya kini sedang hangat diperkatakan.

Terdapat sumber yang mengatakan bahawa pengarah tersohor Bollywood, Karan Johar menyarankan agar Sara bersabar untuk membuat kemunculan pertamanya di layar perak.

“Karan meminta agar Sara sabar menantikan Aryan tamat belajar dahulu. Selepas itu, mereka berdua akan dipadankan dalam satu filem hebat,” kata sumber.

Sementara itu, Shah Rukh Khan menegaskan anak lelakinya itu tidak akan muncul dalam mana-mana filem sebagai pelakon selagi dia belum tamat pembelajaran.

Aryan kini baru sahaja berada dalam tahun pertama pembelajarannya di Southern University of California.

Olahan oleh: Kamaruddin Razal
Sumber: Bollywoodlife.com