Kaka Cabar Diri Nyanyi Lagu Duet Dalam Duo Star

19 Disember 2016. 6.05 PM
2,295
Hiburan
Kaka Cabar Diri Nyanyi Lagu Duet Dalam Duo Star
Penyanyi Kaka Azraff mengakui tidak pernah berduet dengan mana-mana penyanyi untuk persembahan di atas pentas.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff , 27, berkata, sebelum ini dia hanya berkolaborasi bersama penyanyi rap dalam lagu sahaja dan bukannya betul-betul berduet.

Menurut kaka, menyertai pertandingan Duo Star merupakan satu platform untuk dia mencabar dirinya bernyanyi berduet bersama penyanyi lain.

"Pertandingan itu adalah cabaran kepada diri saya kerana sebelum ini saya tidak pernah berduet dengan mana-mana penyanyi.

"Ini kerana sebelum ini saya hanya berkolaborasi bersama penyanyi rap dalam lagu sahaja dan bukannya betul-betul berduet.

"Jadi menerusi Duo Star ini adalah pengalaman baharu buat saya tetapi pada masa sama ia menyeronokkan," katanya kepada Astro Gempak.

Kaka berkata demikian ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan program Duo Star di Bangsar, di sini,baru-baru ini.

Tambah kaka, dia akan bergandingan bersama penyanyi Awi Rafael dalam program Duo Star.
 
Duo Star bakal bersiaran bermula 25 Disember depan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada pukul 9 malam.


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Artikel Berkaitan


Komen