Dikhabarkan Bercerai, Kim Kardashian Masih Pakai Cincin Kawin

19 Disember 2016. 6.03 PM
5,335
Hiburan
Dikhabarkan Bercerai, Kim Kardashian Masih Pakai Cincin Kawin
Sejak kebelakangan ini, status hubungan di antara Kim Kardashian dan Kanye West masih menjadi tanda tanya.

Terbaharu, Daily Mail melaporkan Kim masih memakai cincin perkahwinan ketika keluar bersama anaknya baru-baru ini.

Seorang paparazi berjaya merakamkan gambar Kim ketika sedang memandu kereta dan ditemani oleh anak-anaknya.

"Kim dilihat masih memakai cincin perkahwinannya ketika sedang memandu kereta dan dia keluar bersama anaknya.

"Namun ketika itu kelibat Kanye tidak kelihatan bersama mereka," kata sumber.

Namun sehingga kini pasangan selebriti itu tidak tampil memberi sebarang keterangan mengenai status hubungan mereka kepada phak media.

Dengan tertangkap gambar tersebut ini dapat menguatkan bahawa hubungan mereka masih lagi sebagai seorang suami isteri.

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Daily Mail

Artikel Berkaitan


Komen