Perkara Menarik Sepanjang Majlis Anugerah Industri Muzik 22

19 Disember 2016. 3.40 PM
10,361
Hiburan
Perkara Menarik Sepanjang Majlis Anugerah Industri Muzik 22
Anugerah Industri Muzik 22 (AIM22) antara majlis anugerah yang terpenting bagi perkembangan industri muzik tempatan.

Penyanyi, komposer mahupun penulis lirik diberi pengiktirafan sewajarnya atas usaha keras mereka menghasilkan lagu yang berkualiti dan diminati ramai.

Berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Astro Gempak kongsikan kepada anda semua beberapa perkara menarik berlaku sepanjang AIM 22 berlangsung:
 
1.      Azhael jadi perhatian ketika melalui karpet merah bersama Aman dan itu telah membuatkan orang ramai yang hadir tertanya-tanya di mana pasangan duonya, Azhar.

2.      Nama-nama besar tidak kelihatan di karpet merah, dan membuatkan peminat yang menantikan kehadiran mereka sejak petang, hampa. 

3.      Pertama kali majlis anugerah membuka pentas dengan lagu ketuhanan, satu pembaharuan! Tahniah AIM!

4.      Ketika iklan di kaca televisyen, penonton mengusik Adibah Noor di dewan dan ajak lepak minum, tetapi Adibah Noor salah dengar sebutan “akak dibah” sebagai “akak lebar”. Satu dewan ketawakan dia!

5.      Sorakan kelab peminat yang paling meriah ialah daripada Siti Zooners yang sentiasa bertenaga dari awal hingga tamat program AIM 22, lebih-lebih lagi apabila penyanyi kesayangan mereka menang dan muncul membuat persembahan di pentas.

6.      Walaupun ada yang kata persembahan Aiman Tino dan Sufian Suhaimi tak best sebab tak boleh menyanyi live, namun peminat di Dewan Merdeka enjoy dengan persembahan mereka dan menyanyi lagu Terakhir dan Cinta Terakhir bersama.

7.     Ramai yang puji piano ketika persembahan Aiman Tino dan Sufian Suhaimi! Kreatif!

8.     Kemunculan kumpulan Khalifah membuat persembahan memakai T-Shirt di atas pentas berprestij AIM buat audien terperanjat! Sekurang-kurangnya sarunglah jaket, itu kan majlis anugerah!

9.     Ketika nama Syamel diumumkan sebagai pemenang, dia berjalan ke pentas sambal mengancing butang blazer dan perbuatan tersebut telah mengigatkan penonton kepada wartawan yang viral kerana melakukan catwalk ketika membuat laporan khas tentang MRT.

10.   Baju rekaan Hatta Dolmat yang disarung Yuna merupakan busana terberat yang pernah dihasilkan pereka fesyen tersebut dan ia paling stailista malam tadi! Tahniah Hatta Dolmat!

11.   Datuk Sheila Majid menerima pujian ramai kerana muncul cantik ketika menerima Anugerah Sri Wirama tetapi, helaian kertas teks ucapannya telah menjadi viral di laman sosial. Ada juga yang kata Sheila buat ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno! Haih! Macam-macamlah keyboard warriors!

Apa-apa pun tahniah kepada semua pemenang AIM 22! Semoga tahun-tahun mendatang, lebih banyak lagi karya berkualiti dihasilkan dan dipertandingkan.

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir 
 

Artikel Berkaitan


Komen