Tindakan penyanyi Elly Mazlein berkongsi videonya menari di atas pentas sambil mendukung anaknya, Putri Sara Sefhia telah menjadi perhatian peminat di laman sosial Instagram .

Menerusi video tersebut, Elly dilihat sedang ‘bertanding’ bersama seorang lelaki sambil mempamerkan gaya tarian masing-masing.

Bagaimanapun, ada juga pengikut IG yang mengutuk perbuatan Elly kerana menari ketika mendukung Sefhia.

Tetapi kebanyakannya tidak menganggap perbuatan Elly itu sebagai melampau kerana bagi mereka hanya melayan peminat dan sporting dengan tetamu yang hadir.

Mereka menganggap bahawa tindakan Elly itu amat comel dan ia merupakan sesuatu perkara biasa untuk memeriahkan majlis tersebut.

Elly memuatnaik video itu ketika sedang menyambut sambutan hari lahirnya yang ke-36 tahun baru-baru ini.

Ini merupakan kejutan sambutan hari lahir yang dilakukan oleh kelab peminat Elly kepadanya.

Nahhhhh kakak lina lanja lg .. Jangan Sentap , nnti Kena jual ?????? #Ihik #Cak

A video posted by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on



Teks Oleh Rozaimi Zubaidi