Rampas Suami Orang, Coco Dikecam Lagi

18 Disember 2016. 3.54 PM
59,982
Hiburan
Rampas Suami Orang, Coco Dikecam Lagi
Selepas dikecam gara-gara slanga mat salehnya yang melampau, Coco sekali lagi mencetus kontroversi apabila didakwa merampas suami orang.

Kali ini, Coco dikatakan menjalin cinta dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai @captAzrin di akaun sosial Instagram (IG) dan bakal berkahwin dalam waktu terdekat.

Menguatkan lagi dakwaan tersebut apabila @captAzrin memuat naik foto pelamin di IGnya dan meminta para pengikutnya memilih rekaan tercantik.

Perkara tersebut kemudiannya telah mencetuskan kemarahan segelintir netizen.

Mereka juga menganggap Coco sebagai seorang perampas yang berani apabila memuat naik foto di IGnya beserta kapsyen "Sentiasa ingat bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Jadi jangan salahkan aku. Sikit tak heran jika dia pergi. Come on, aku King!"

Coco turut bertindak berani apabila memuatnaik fotonya berpeluk mesra bersama seorang lelaki yang telah ditutup pada bahagian muka.

Namun ia tidak cukup untuk menyembunyikan identiti skandalnya itu kerana netizen tetap dapat mengecam @captAzrin menerusi fizikalnya.

Jom kita lihat komen-komen yang diterima oleh @captazrin di Ignya.

 

Artikel Berkaitan


Komen