Hrithik Roshan Keluar Makan Malam Dengan Bekas Isteri, Sussanne Khan

17 Disember 2016. 3.15 PM
16,042
Hiburan
Hrithik Roshan Keluar Makan Malam Dengan Bekas Isteri, Sussanne Khan
Pelakon Bollywood, Hrithik Roshan telah keluar makan malam bersama bekas isterinya, Sussanne Khan ini di sebuah restoran yang terletak di Mumbai India baru-baru ini.

Menurut sumber dari The Times of India, tujuan utama perjumpaan mereka ini lebih kepada perbincangan hal anak mereka dari segi jagaan dan pendidikan.

Malah sebelum ini mereka juga sering muncul dalam majlis-majlis anjuran sekolah anaknya Hrehaan dan Hridaan.

Walaupun tidak tidur sekatil, Hrithik dan Sussanne sering meluangkan masa bersama demi anak-anak tersayang

Pasangan ini pernah diberikan jolokan pasangan paling serasi ini telah berpisah secara sah pada tahun 2013.

Hrithik Roshan antara satu-satunya pelakon popular Bollywood yang bercerai berbanding dengan pelakon lain yang masih bersama dengan pasangan masing-masing seperti Shah Rukh Khan, Kajol dan
Aishwarya Rai.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir
Sumber: The Times of India 
 

Artikel Berkaitan


Komen