Stesen radio berbahasa Inggeris, hitz fm kini memperkenalkan barisan pengemudi baru yang lebih santai dan segar untuk segmen Sarapan Pagi hitz Morning Crew bersama J, Arnold dan RD.

Menurut Pengurus Rangkaian Kandungan hitz fm, Raqeem Brian, hampir dua juta pendengar memilih hitz fm sebagai stesen pilihan mereka.

“Kami menyediakan platform hiburan yang lebih santai dan serasi dengan pendengar. Untuk mencari kelainan, kami menggabungkan trio terkini J, Arnold dan RD bagi segmen hitz Morning Crew.

“Dengan adanya pelbagai latar belakang dan pengalaman, kami percaya kehadiran mereka ini bakal menarik perhatian rakyat Malaysia untuk sentiasa memulakan hari mereka dengan suasana yang lebih santai dan segar,” katanya.

Bergelar penyampai baru hitz fm, J yang berasal dari Amerika juga mempunyai gaya persembahannya yang tersendiri apabila ke udara.

J turut mempunyai perwatakan yang matang dan sentiasa membuat kajian sebelum melaksanakan tugasnya.

"Saya sangat teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada keluarga hitz fm. Ini merupakan peluang keemasan dan hebat bagi saya untuk melakukan apa yang saya minat, juga dapat mendekati pendengar di negara yang harmoni ini.

“Saya akan berkongsi pengalaman saya sendiri untuk mengendalikan Rancangan Sarapan Pagi ini dan pastinya membuatkan setiap pagi anda akan menjadi satu pagi yang menakjubkan khas buat pendengar hitz fm ", kata J.

Sementara itu bagi Arnold dan RD pula, mereka berasa sangat gembira kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan pasangan baru.

“Kami yakin bahawa kami akan membawa perubahan yang sangat besar dalam industri hiburan tanahair untuk menghiburkan pendengar kami,” kata mereka.

Rancangan Sarapan Pagi hitz fm Morning Crew, turut menampilkan beberapa program menarik termasuklah seperti Dirty Pop, Mind Trap, Repost Of The Day dan masih meneruskan salah satu kandungan yang diminati ramai iaitu gotcha calls.

J, akan sentiasa mengemaskini pelbagai kandungan dari Hollywood paling hangat di segmen ‘Dirty Pop’.

Untuk program ‘Mind Trap’ pula, penyampai akan memilih perkataan dan pemanggil dikehendaki untuk tidak bercakap lebih dari tiga perkataan dalam masa seminit untuk memenangi hadiah berbentuk wang tunai.

Seterusnya, untuk program ‘Repost of The Day’, penyampai akan berkongsi satu topik dan cerita di media sosial untuk menarik perhatian pendengar setia mereka.

Pengemudi Rancangan Sarapan Pagi hitz fm Morning Crew akan memulakan pengembaraan mereka ke seluruh Malaysia bermula tahun depan bagi memenuhi permintaan para pendengar.

Trio baharu hitz Morning Crew akan udara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 6 hingga 10 pagi bermula 19 Disember 2016.

Untuk maklumat lanjut mengenai hitz fm, sila layari laman sesawang hitz fm di Instagram, Facebook, Twitter dan laman web www.hitz.fm